Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Memaparkan catatan dengan label Masak Memasak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Memasak. Papar semua catatan

Otak- Otak





3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan dicincang halus
3 batang cili merah * dikisar
5 batang cili kering *
1 cm kunyit hidup*
1 batang serai*
3 biji buah keras*
1 sudu besar serbuk ketumbar atau 2 sudu besar ketumbar biji*
1cm belacan*
Secarik asam keping
1/2 cawan santan
Garam gula secukup rasa
Daun kelapa untuk membungkus
Lidi secukupnya


Cara-cara...

1. Masukkan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi ke dalam periuk... Masak sehingga kuah menjadi pekat... Sejukkan...
2. Apabila sudah sejuk, masukkan isi ikan dan gaul rata...
3. Isikan inti ikan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung...
4. Panggang sehingga masak...

Kek cheese paling senang


( Gambar ihsan dari goggle )


Bahannya:

250g / 1 paket biskut marie
1 paket biskut oreo (14 keping)
1 paket mini oreos
100g mentega
2 sudu besar air panas
1 sudu besar serbuk gelatin
2 x 250g / pkts cream cheese (suhu bilik)
1 cawan cream pekat
3/4 cawan gula caster
1/4 cawan susu pekat

Caranya:
  1. Cairkan mentega
  2. Hancurkan biskut marie dan oreo berasingan
  3. Masukkan biskut marie + mentega cair ke dalam bekas dan gaul sampai rata.
  4. Masukkan ke dalam Loyang, ratakan, tekan dan masukkan seketika kedalam peti ais.
  5. Masukkan gelatin dan air panas.
  6. Gaulkan cream cheese, cream pekat dan gula hingga pekat dan rata.
  7. Masukkan gelatin yg cair dan susu pekat, gaul sampai rata. 
  8. Masukkan oreo yg telah di pecahkan dan ratakan.
  9. Ratakan cheese td ke atas biskut marie yg telah di bekukan dan hias.
  10. Simpan cheese kek td sekurang2nya 6 jam di dalam peti sejuk.

Eiza belum buat lagi.. kui..kui..kui..  dalam masa terdekat akan dcube buat. Nampak macam senang jek.  Eiza nak share resipi ni.. lau ada yg dah yang berjaya sharelah gan Eiza yek tq...

Resipi Popia Nestum




Bahan:
  • 1 peket besar kulit popia (anggaran 40 keping)
  • 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 1/2 cawan nestum dikisar juga
  • 1/3 horlicks

Caranya:

  • Kulit popia digulung, dan dilekatkan dihujungnya dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan air.
  • Gunting pendek2 kulit popia yang sudah siap digulung.
  • Goreng di dalam minyak yang banyak
  • Biarkan sejuk.
  • Satukan semua bahan serbuk menjadi satu...kemudian gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng tadi.
  • Siap untuk dikunyah2..

Vadai ( Makanan kaum India )



( mamawandiha Eiza pinjam gambar tau )



Teringin plak nak makan Vadai ( makanan kaum india ). Goggle2 crk resipi so dapatlah nak buatlah jup lg cam senang jek. Jom kite cube

Bahan-bahan :

300 g kacang dhal
1 biji bawang besar ~ didadu
1 cili merah ~ didadu (letak cili hijau.. itu je yg ada)
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari ~ dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan :


1. Rendam kacang dhal sekurang-kurangnya 4 jam.
2. Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dhal di dalam blender kering.
3. Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam mangkuk.
4. Masukkan bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rata. Gaul biar sebati.
5. Basahkan telapak tangan. Letakkan sesudu penuh bancuhan di telapak tangan, leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak hingga kuning keemasan.
6. Hidangkan dengan cili hijau.

Talam Berlauk


Eiza godeh2 nak crk resepi tuk minum petang... Teringat plak talam berlauk mak buat. Urrrmmm terliur bila bayangkan kesedapannya. Ni Eiza nak kongsi resepi dr Spices Journey Kak Shiela de sikitlah Eiza buat perubahan. Jom cuba...

Utk bahagian talam:

3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara buat talam :

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:

200 gram udang ( basah ) saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng 

Cara buat lauk:

Panaskan minyak goreng bawang merah n putih sehingga garing. Masukkan udang basah, udang kering, cili merah, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masak sehingga kering dan ketepikan.

Cara penyediaan talam berlauk:

Masukkan adunan tepung di dalam bekas atau loyang yg telah diratakan dengan minyak. Kukus Selama 15 minit. Kemudian taburkan lauk2 ke atas talam tersebut, setelah itu tuangkan sedikit tepung yg telah di ketepikan tadi. Kukus dalam 45 minit lagi. Potong setelah talam betul2 sejuk. Selamat mencuba...

Maaf gambar x dapat Eiza sediakan... hehehehe... tp lau nak tengok talam tu, bolehlah Klik Sini. Jaga2 gan mulut anda, sediakan tisu eh sebelum tu...

Kuih lapis




Bahan - Bahannya:

12  Cawan santan + air
6    Cawan tepung ubi
2    Cawan tepung beras
2    Cawan tepung gandum
6    Cawan air gula
Pewarna yang mencukupi

Cara-Caranya:

Adunankan kesemua bahan diatas sehingga betul2 sebati. Kemudian bahagikan adunan td kepada beberapa bahagian. ( Eiza Just buat 2 bahagian, 1 bahagian merah, 1 bahagian warne ori ). Didihkan air kukus kemudia lumurkan minyak pada loyang, Masukkan 2 cawan 1 lapisan warna merah, kukuskan selama 10 minit. Selepas 10 minit, masukkan 2 cawan lapisan warna ori, buat selang-seli sehingga habis. 

Pesanan:
Pastikan kuih lapis tu betul2 sejuk sebelum dipotong dan jika memotong gunakan pisau plastik atau pisau potong kek... selamat mencuba...


Apam 3D ( asalnya )




Resipi ni sebenarnye Eiza ambil dr majalah wanita keluaran may'12. Resipinye adalah apam 3D. Oleh kerane 3D Eiza x macam 3D, eiza malu nak upload.. Eiza upload yg ni jek... huhuhu.. 

Bahan-bahan: 


3 Biji telur
1 sudu besar ovelatte
220 gram gulla kastor
150 ml susu segar
275 tepung gandum
4 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila

Cara-caranya

masukkan 3 biji telur, ovellate, gula kastor. Pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan susu segardan esen vanilla. Selepas itu masukkan tepung sekit demi sedikit hingga adunan sebati. Kemudian masukkan baking powder dan kisar lagi. Adunan diasingkan kepada 3 bahagian untuk diasingkan mengikut warna yg dikehendaki. masukkan ke dalam mangkuk yg dikhaskan untuk dikukus untuk pertama kali. Selepas 10 minit keluarkan dan hias mengikut kretiviti masing2. Kemudian kukus sekali lg.

Menggoreng menggunakan minyak yg banyak



  • Minyak mesti mencecah suhu terbaik untuk merangupkan bahagian luar sambil memasak keseluruhannya. Suhu tersebut adalah lebih kurang antara 350F dan 375F.
  • Guna minyak yg rendah lemak, kadar pembakaran tinggi, dan tidak mengurangkan rasa makanan yang digoreng.
  • Elakkan menggoreng kuantiti yang banyak di dalam kuali yang sama. Makanan perlu dikelilingi minyak mendidih, dan suhu juga harus dikekalkan. Jika memasukkan kuantiti makanan yang banyak dalam minyak yang sedikit, suhu akan menurun dan makanan akan menjadi bergris dan berketul.
  • Jangan isi minyak lebih dari separuh kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih didihan apabila makanan dimasukkan.
  • Keringkan makanan dengan tisu sebelum dimasukkan ke dalam kuali supaya dapat mengurangkan percikan minyak.

Mengelakkan gatal keladi pada tangan


Hari ni Eiza berbesar hati nak masak batang keladi. Cam biase basuh n rebus batang keladi sebelum dimasak asam rebus. Tapi penyakitnye tangan gatal2 kene miang keladi tu... uuiiss x thnlah.. alangkan nyamuk pun x thn.. lg gatal2 miang keladi... jd mengatallah.. nilah padah menidakkan petua org tua2.

petuanya adalah:


Pastikan tangan tidak basah sebelum menyiang keladi. Lumur asam keping (asam gelugur) pada tangan. Semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, jangan rendam batang keladi dengan air. Setelah siap potong/siang, baru basuh bersih2 dan masukkan beberapa keping asam gelugur jika masih gatal2..

Homemade Chocolate

Eiza nak share hasil pengisian masa lapang... bosan2 Eiza buat lah pe yg Eiza suka nilah sekit hasil sedikit kemahiran yg ade... nak tempah? jgn malu2 msg ok


Untuk Ayah n Ibu

Coklat rose n apple


Rose berintikan  kacang

Kotak coklat  yg comel

Ni isi dalam kotak comelkan
Caantikkan warne apple ni

Coklat bentuk ketupat 

'Non stick pan' ( kuali yg tidak melekat )




'Non stick pan' adalah 1 kuali yg disalut gan lapisan yg dicipta untuk mengelakkan makanan melekat di kuali bila memasak. Kebanyakkan kuali ni memnggunakan polytetrafluoroethylene. Antara petua yg kt perlu tau :

~JANGAN panaskan barangan non-stick yang kosong di atas api. Ini akan memusnahkan lapisan non-stick barangan tersebut.

~JANGAN keringkan barangan non-stick yang basah diatas api. (ni bukan periuk cap buaya). Gunakan tisu dapur atau kain untuk keringkannya.

~JANGAN gunakan sudip/senduk besi untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick. HANYA gunakan sudip/senduk dari jenis non-stick/kayu untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick.

~JANGAN terus basuh barangan non-stick sebaik saja selepas anda siap memasak. Ini boleh menghilangkan lapisan non-stick barangan tersebut. Basuh barangan non-stick selepas ia kembali sejuk. 

~JANGAN guna penyental besi (bulu besi) untuk mebasuh barangan non-stick. Hanya gunakan span lembut.

~Untuk Pemanggang Ajaib Non-Stick, JANGAN gunakan daun pisang untuk membalut/melapik ikan bakar, daun pisang yang terbakar akan memusnahkan lapisan non-stick Pemanggang tersebut. Boleh gunakan Aluminium foil jika perlu.

~API YANG SEDERHANA sudah memadai untuk memasak menggunakan barangan non-stick ini. Ini kerana ia cepat panas dan cepat masak. Sungguh menjimatkan gas dan masa anda.


Sos black paper

Bahan2nya :

~ 2 sudu besar butter/marjerin
~ 2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
~ 2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
~ 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
~ 3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
~ 2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap)
~ cendawan butang dlm tin (ambik cendawan shj & hiris)
~ seketul kiub pati ayam knorr (aku tak bubuh garam)


Cara2nya :
~ Memula ambik kuali non stick kalau boleh.. kalau takde apa2 kuali pun boleh.. bukak api sederhana je ye..

~ Masukkan 2 sudu butter/marjerin.. bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..

~ Bila dah berbuih2 , masukkan susu.. kacau lagi.. masukkan pulak serbuk blackpepper.. masukkan cendawan butang yg dah di hiris... dalam gambar takde cendawan butang sbb aku lupa nak beli..

~ Pastu masukkan kiub pati ayam knorr seketul, masukkan kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat..



Kebab Daging



BAHAN-BAHAN:
400gm daging | dipotong kiub
1 labu bawang kuning | dipotong kiub
1 biji lada Benggala | dipotong kiub
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos “BBQ”
1 sudu makan lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit lidi

CARA MEMASAK:
Perap daging, bawang kuning dan lada Benggala bersama sos “BBQ”, lada hitam, sos tiram dan garam. Perap selama satu jam.
Cucuk daging, bawang kuning dan lada Benggala secara berselang-seli pada lidi.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak.
Sedia dinikmati.

Puding jagung



BAHAN-BAHAN:

120gm tepung kastard
375ml santan
500ml air
180gm gula
1 sudu makan tepung jagung
1 tin jagung berkrim

CARA MEMASAK:

Campurkan tepung kastard, santan, air, gula dan jagung ke dalam bekas.
Masak semua bahan di atas api sederhana sehingga menjadi pekat berkilat.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Cara penyediaan Pure Marin Collogen




KAEDAH PENYEDIAAN A
Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker

Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci

KAEDAH PENYEDIAAN B
Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais

Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

Burung puyoh goreng berempah

Bahan-bahannya:

4 Ekor burung puyoh
2 Cm Halia
5 Ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 Batang serai
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Cara-caranya:

Rebus burung puyoh, separuh empuk. Tumbuk bawang putih , bawang merah, serai yg telah diracik dan halia.  Angkat dan tos burung puyoh sehingga kering. Kemudian  lumurkan bahan yg ditumbuk tadi berserta kunyit. Perap seketika, goreng hingga garing.

Pau Goreng ( Inti Kelapa Manis )

1 Kg Tepung Gandum
2 Sudu Gula
2 Sudu Majerin
1 Peket Yis
Sedikit Garam
Air Secukupnya
Kelapa Manis Sebagai Inti

Cara- Caranya:


  • Kembangkan yis dengan air suam n sedikit gula
  • Masukkan tepung, gula, majerin kedalam bekas n ratakan sampai majerin rata dengan tepung.
  • Masukkan yis yang telah kembang dan ratakan kemudian masukan air garam dan ulikan.
  • Biarkan ulian tepung tu kembang di dalam bekas bertutup ( tunggu dlm 15 minit )
  • Apabila sudah kembang bahagikan kecil-kecil dan masukkan inti kedalam kepung dan bulatkan.
  • Kembangkan sekejap dan sediakan untuk di goreng...

Kek Kukus Buah

Bahan - Bahan

550 gm      Butter
5 Biji         Telur
600 gm      Tepung Gamdum
250 gm      Buah Campur
100 gm      Kurma
50 gm        Potongan Badam
300 gm      Gula Castor
1 sudu       Bicobonate
1 sudu       Cream Of Tatar
1 sudu       Esen vanila
2 cawan    Gula Hangus
3 biji          Buah Pala
4 sudu       Susu pekat
Sedikit Pewarna

Cara-Caranya:
1. Panaskan air dalam kukus
2. Masukkan sedikitntepung gandum dan gaul dengan buah campur ( elakkan buah mendak )
3. Tepung diayak dengan cream af tatar dan bicabonate
4. Pukul butter dan gula caster hingga kembang. Masukkan pewarna coklat ( gunakan senduk kayu )
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji ( bila masukkan telur jangan terlalu pukul- kek menjadi kering ) Gaul hingga sebati.
6. masukkan tepung sedikit- jangan terlalu gaul hingga sebati.
7. panaskan gula di kuali - hingga cair, berwarna coklat dan berbuih dan tuang ke dalam adunan ( guna senduk kayu )
8. Kukus 4 jam

Kek Butter Mable


1 1/2 Cawan tepung naik sendiri
1/2 Cawan tepung gandum
5 Biji telur
1 Cawan butter
1 Cawan gula kastor
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu besar serbuk koko
Sedikit pewarna kuning
Sedikit perisa vanilla

Cara-caranya:

Pukul gula & butter sehingga kembang.  Bila kembang masukkan telur satu per satu sehingga adunan rata. Ayak tepung gandum dan teoung naik sendiri bersama baking powder. Kemudian masukkan tepung gandung & tepung naik sendiri  demi sedikit bersama sedikit perisa vanilla sehingga rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian adunkan bersama serbuk koko, 1 lagi gan pewarna kuning. Oleskan majerin @ butter kat loyang pembakar, masukkan adunan berselang seli...( coklat, kuning, coklat, kuning... n seterusnya ) bakar gan suhu 180' selama 45 minit.

Kek Butter Marble (29.09.12)



Ni dah pg br siap.. sempat snap n post.. resepi? sok pglah Eiza postkan eh..

Iklan penaja