Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Memaparkan catatan dengan label Lain-Lain Perkara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-Lain Perkara. Papar semua catatan

Kesan pencemaran udara


Sumber dr Google 



Kesan terhadap kesihatan manusia
  • Menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. 
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. 
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan terhadap haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. 
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. 
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan terhadap bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. 
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. 
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. 
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak. 
Kesan terhadap lapisan ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. 
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. 
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. 
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. 
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. 
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
  • Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. 
  • Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Sumber rujukan : 

kasut bayi kait lagi



Hai pekabo? hr ni Eiza nak share hasil mengait Eiza yg ke-2. Eiza sanggat2 berpuas hati bab berjaya menyiapkan kasut paten ni.. nak buat lagilah.. rase mmg perlu catatkan paten ni didlm diari... agak susah gaklah, same seperti yg kemarin, memang kene buat, buka, buat, buka... tp menjadi... projek seterusnya bag hello kitty, pencil case, mafla, coin bag.. uuuuhh. jenuh nak siapkan ni.. xpe usaha tangga kejayaan

Kilauan emas 4 ( 2014 )




Kilauan emas telah kembali, x sabar menunggu bakat2 otai ni dicungkil... sape pula gelaran juara selepas En. Mior? Hadiah pun lumayan RM100,00.00.. ( pakcik makcik kayo... )  Kepada makcik2 pakcik2 jika mempunyai bakat dan ingin menunjukkan bakat silalah hadir di...


8 Februari 2014
1Borneo HyperMall,
Kota Kinabalu, Sabah

15 Februari 2014
Hills Shopping Mall,
Kuching, Sarawak

22 Februari 2014
Berjaya Megamall,
Kuantan, Pahang

1 Mac 2014
Berjaya Waterfront Mall,
(dahulu dikenali sebagai
The Zon Mall) Johor Bahru, Johor

8 Mac 2014
Megamal Pinang,
Seberang Perai, P.Pinang

15 & 16 Mac 2014
SACC Mall,
Shah Alam, Selangor

Di bawah adalah senarai lagu-lagu yang wajib dipilih..

Lelaki

1.Seruling Anak Gembala – Datuk Jeffrydin
   Putar Lagu Papar lirik

2. Aku Semut Merah - Meggy Z
    Putar Lagu Papar lirik

3. Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza
    Putar Lagu Papar lirik

4. Mentera Semerah Padi - Dato’ M.Nasir
    Putar Lagu Papar lirik

5. Cinta Kain Putih - Putra
    Putar Lagu Papar lirik

6. Pawana - Search
    Putar Lagu Papar lirik

7. Seni Berzaman - To’ki
    Putar Lagu Papar lirik

8. Aku Penghibur - Dato’ Jamal Abdillah
Putar Lagu Papar lirik

9. Dengar Ini Cerita - Tan Sri P.Ramlee
    Putar Lagu Papar lirik

10. Hotel California - Eagles
     Putar Lagu Papar lirik

Perempuan

1. Teruna –Fatimah M. Amin
    Putar Lagu Papar lirik

2. Perwira - Puan Sri Saloma
    Putar Lagu Papar lirik

3. Aku Sudah Jatuh Hati - Norsheila Amin
    Putar Lagu Papar lirik

4. Bunga-Bunga Cinta - Misha Omar
    Putar Lagu Papar lirik

5. Cintaku 100% - Mas Idayu
    Putar Lagu Papar lirik

6. Seri Dewi Malam - Datuk Sharifah Aini
    Putar Lagu Papar lirik
7. Ku Ke Udara Lagi - Francesca Peter
    Putar Lagu Papar lirik

8. Kisah Hati - Alyah
    Putar Lagu Papar lirik

9. I Will Survive - Gloria Gaynor
    Putar Lagu Papar lirik

10. Anggapanmu - Ziana Zain
      Putar Lagu Papar lirik



Link En Mior ( Juara Kilauan Emas 3 )
Juara kilauan emas 3Dangdut raggae- mior kilauan emas 3Hakikat perjuangan-mior kilauan emas 3Hilang naluri-mior kilauan emas 3

Kasut n topi kait bayi - pikachu




Dah lama Eiza x update blog ni... ni aktiviti baru Eiza... mengait.. baru nak belajar n mengasah skill... hasil dr bergoggle2, bertutorial, alhamdulilah berjaya. bukan mudah, tp kerane minat berkali2 buat, buka, buat, buka pun x kesah. Niat Eiza lepas ni nak buat sebaik2 n sekemas2nya kaitan Eiza.. so kene tunggu hasil Eiza yg akan datang. 


APMM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia




Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Latar belakang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.

Operasi APMM

Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Berbeza dengan agensi yang serupa dari negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga berkuasa melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.


Lencana pangkat APMM

Pegawai APMM


Lain-lain pangkat APMM


Laman rasmi APMM

Kesan negatif telefon bimbit




Adakah anda tahu kesan negatif jika bersama dengan telefon bimbit selama 24 jam atau tidur bersama telefon samada berada pada badan anda atau di bawah bantal anda? Kita perlu tahu kerana telefon bimbit akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan kita samada pada sudut fizikal atau mental. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Di sini saya nak berkongsi sedikit tentang hal ini. Tubuh manusia mempunyai satu medan kuasa magnet yang melengkapi seluruh tubuh kita. Kawalan medan elektromagnet terletak di pituitary gland. Apabila sistem medan magnet ini mengalami gangguan atau tidak seimbang, maka timbullah masalah seperti penurunan sistem imuniti badan.

Antara punca yang menyebabkan gangguan dan ketidakseimbangan pada medan magnet tubuh badan adalah gangguan gelombang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, kedudukan rumah yang hampir dengan pencawang elektrik dan pencemaran daripada asap kilang. Apabila sistem medan megnet tubuh badan telah terganggu dan menyebabkan berlakunya masalah seperti penurunan sistem imuniti badan, selepas itu berlakulah kompilasi-kompilasi penyakit pada badan.

Setiap anggota tubuh mempunyai getaran warna atau lingkaran elektromagnet yang berbeza-beza ukuran getarannya mengikut ukuran nanometer. Tubuh kita mempunyai tujuh bahagian warna, dimana masing-masing mempunyai warna dan ukuran getaran yang berbeza-beza.. Apabila berlakunya pemerosotan dan gangguan medan elektromagnet maka tubuh akan mengalami kemerosotan sistem imuniti badan dan secara langsung akan mengakibatkan serangan-serangan penyakit yang disebabkan oleh kelemahan sistem imuniti tubuh badan.

Kita semua maklum bahawa apabila system imuniti tubuh badan lemah, berbagai-bagai penyakit boleh menghinggapi kita ibarat sebuah negara yang amat lemah pada sistem ketenteraan dan pertahanan, mudah sahaja diserang dan dipermain-mainkan oleh negara lain yang lebih kuat.

Oleh itu, saya juga menyarankan alternative perubatan bagi mengaturbaikkan dan memperbaiki sistem gelombang yang tidak seimbang itu dengan menggunakan batu permata. Batu permata yang disyorkan adalah dengan menggunakan betu permata jenis berlian (diamond) atau clear crystal. Ini adalah kerana kedua-dua jenis batu ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai tenaga, gelombang dan kuasa pembalikan (reflek) yang tinggi. Antara cara penggunaannya adalah dengan memakainya samada di batu cincin atau dibuat loket. Apa yang penting adalah berlian ini harus menyentuh kulit kerana dengan cara tersebut ia akan membuat pergerakan nadi menjadi stabil dan apabila ia menyentuh kulit ia akan bertindak sebagai chelator di mana ia berupaya untuk menarik sisa-sisa toksik melalui kulit, keluar melalui peluh.

Perlu diingat bahawa proses keseimbangan badan adalah sangat penting bagi seseorang, jadi batu permata adalah objek yang berfungsi membetulkan medan elektromagnet yang ada pada setiap tubuh manusia. Bilamana berlaku ketidakseimbangan medan elektromagnet ini, ia akan membuatkan tubuh mengalami kemerosotan sistem imuniti badan. Wallahu Taala A’lam.

Dipetik dan diolah daripada buku Batu Permata dan Nilai Perubatannya oleh Dr Hisyam Hashim

Khasiat Pisang Pada Manusia!




Khasiat Pisang Pada Manusia.

1. Darah tinggi dan Strok - Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol - Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendahkan kolestrol.

3. Cirit-Birit - Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan - Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu seseorang menjadi tenang.

6. Pening-Pening - Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang (banana milkshake) yang dicampur dengan madu lebah.

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Nabila Huda & anak terbabit dalam kemalangan jalanraya



Gambar di’atas yang dikongsikan Zaidy Zailani menerusi Instagram beliau menunjukkan sebelah tangan Keisha yang berbalut dan kini menerima rawatan di hospital.

Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.


Pelakon Nabila Huda dan anaknya Keisha terbabit dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Karak petang semalam.

Nabila sedang dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan.

Selain anaknya, pelakon itu turut ditemani oleh pelakon baru, Syazwan Zulkifly.

Apabila berita mengenai kemalangan tersebut mula disiarkan di laman sosial, pelbagai andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada di antara peminat yang mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh Syazwan.

sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/
            :http://www.rotikaya.com

Puting Beliung


Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Bagaimana puting beliung berlaku

Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).

Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.
Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia
Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah Concordia, Parish, Louisiana, Adams County dan Mississippi, Amerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi.

  1. Puting beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
  2. Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah Illinois, Indiana dan Missouri, Amerika Syarikat.
  3. Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah Yalobusha, Amerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
  4. Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar Gainesville, Georgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.
  5. Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar Joplin, Missouri, Amerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar


Peristiwa puting beliung di Malaysia

Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara tersebut. Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:
  • Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut. Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.
  • Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung 
  • Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang 

Perbezaan antara puting beliung dan taufan

Ramai di antara kita yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya adalah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.

Perkara yang membatalkan puasa




1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.

9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

Nota kaki;

Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Niat puasa ramadhan



Belum terlambat mengucapkan selamat berpuasa bagi kaum muslimin n muslimat. Semoga kt semua dapat menyempurnakan ibadah ini gan sempurnanya.

1st day berbuka puasa kat umah parent, seperti thn2 sebelumnye kami tetap menyedikan makanan yg sanggat sederhana. Yg penting ade kurma, air panas n air sejuk. Ktorg mmg kurang mkn mlm sebelum ni. Hehehe.. ( tp x turun pun berat badan ). Mengelakkan pembaziran... 

2nd day, berbuke bersama suami tercinte, Hub request just masakkan die kobis masak air, sambal 'ketuk' n babat ( perut lembu ) msk sambal hijau. Uuuuuhh.. senangnye hidup... blh lalalala time msk tu.

3rd day, ( hr ni ).. berbuke kat umah parent.. menjamu selera nasi gan masak ayam sambal, sayur goreng n karipap frozen mak..

Gi bazar ramadhan, mcm2 makanan dijual, uuuhhh.. macam2 dieorg beli.. mcm x mkn 1 thn pun ade. Boleh ke dieorg habiskan sume tu?. So Eiza mengigatkan diri sendiri, elakkanlah pembaziran, ade ramai lagi org yg x mampu berbelanje camtu... waallahualam..


SELAMAT BERPUASE SEMUA....

Mandi bunga



Mandi bunga – Sebuah ritual untuk membersihkan aura dan membuang sial yang sangat terkenal di kalangan orang Asia. Upacara ini dipercayai ujud beribu tahun dahulu dan dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India ke seluruh dunia.


Bahan yang diperlukan:

Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri.
Kalau boleh tambahkan bunga cempaka dan bunga “Jasmine”.
Pastikan warna bunga itu bukan hitam.
Kalau boleh cari bunga dalam pelbagai warna.
Pastikan bunga tersebut segar dan baru, kalau boleh cari bunga yang menghasilkan bau wangi.
Sebotol air mawar (Ros water).
Dua biji limau purut (sepasang), Jantan 1 , Betina 1


Kaedah Persediaan:

Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
Di campur dengan air mawar.
Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.


Sebelum mandi bunga:

Perahkan limau yang direndam semalam ke dalam air.
Campurkan air yang secukupnya untuk mandi bunga.
Sebaik-baiknya anda mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Supaya anda tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
Pastikan anda ingat niat dan sebab anda mandi bunga.
Bagi orang Islam baca doa atau ayat suci Al-Quran sebelum mula.


Kaedah mandi:

Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
Di ikuti bahagian kanan 3 kali
Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.


Nota penting
Sebaik-baiknya mandi bunga pada malam Jumaat atau malam Khamis; ataupun pada awal pagi, hari Jumaat atau Khamis.
Garam bukit boleh digunakan jika perlu.
Minyak wangi “Attar” boleh di campur sekali jika ada.
Boleh rendamkan ayat suci Al-Quran yang ditulis dengan tangan dan keluarkannya sebelum mandi.
Jangan gunakan bunga kertas, bunga yang beracun dan bunga yang biasa tumbuh di tanah kubur.
Bunga tidak perlu digunakan dengan jumlah yang banyak.






Bunga cempaka



Petikan dari: Kaedah mandi Bunga | Rahsia Alam. com

Maksud Jerebu

Sumber gambar : www.utusan.com.my

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1]Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPUKualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Jerebu cecah tahap bahaya


KUALA LUMPUR: Situasi jerebu terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di negeri Johor dan Melaka yang menyaksikan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi berbanding semalam.

Kawasan yang paling teruk diselubungi jerebu adalah Muar yang mencatatkan bacaan IPU 157 setakat pukul 11 pagi semalam.

Hari ini angka itu mencecah 337 setakat pukul 7 pagi. Sementara itu, Kota Tinggi mencatatkan bacaan IPU 211.

muar

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Empat bandar jatuh dalam kategori tidak sihat iaitu Pasir Gudang dengan bacaan IPU 190, Larkin Lama 171, Bandaraya Melaka 134 dan Bukit Rambai 117.

Sejumlah 78 peratus daripada bandar-bandar di Malaysia mencatatkan bacaan IPU yang sederhana.

Sementara itu, sejumlah 13 peratus daripada Bandar-bandar lain mencatatkan bacaan IPU yang baik termasuk Alor Setar, Langkawi, Kangar dan Sandakan.

Keadaan Jerebu di singapura


KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Singapura mencatatkan indeks pencemaran mencecah 290 malam tadi, iaitu 'udara sangat tidak sihat'.

Ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negara itu dan hampir kepada tahap bahaya iaitu Indeks Pencemaran Udara(IPU) 300.

IPU paling tinggi pernah dicatatkan di singapura ialah 226 pada tahun 1997.

Mengawal Kemarahan




Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.

Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:


1) Diam

2) Berfikir

Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.

Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.


1. Mengapa aku perlu marah?

2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?

3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?

Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.

Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.

Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu.


Nota Rujukan:

- Nurulain Ahmad ( Buku: Give & Take Antara Hamba & Pencipta )


Kebaikan garam bukit



KEBAIKAN GARAM BUKIT

• Mempunyai 84 jeis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
• Mengimbangkan tekanan darah.
• Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
• Menguatkan struktur tulang (kalsium).
• Kardiovaskular.
• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
• Menganjalkan saluran darah
• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
• Melaraskan kelancaran sistem saraf
• Membantu pembaharuan semula sel-sel
• Membantu pergerakan otot-otot usus
• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
• Membantu menguatkan tenaga batin
jika digunakan secara berterusan dan anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan garam bukit dengan garam biasa.Garam biasa mempunyai sodium yang tinggi tidak sesuai sebagai penawar

Kelebihan garam
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.
Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.

2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.

3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.

4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik

b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium

c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan

d) Memperseimbang pH darah.

Rendaman Kaki Garam Bukit tulen Terapi Kristal
Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda. 

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.

2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.

2. Garam Rendaman Kaki
- Sediakan air suam paras buku lali, masukkan 2 sudu besar garam. Kacau ikut lawan jam, rendam kaki selama 30 minit. Kebaikan :


Sabun Garam Bukit Terapi Kristal
Sabun garam Bukit Tulen penuh dengan khasiat mineral semulajadi. Tekapkan muka atau badan anda dengan Sabun Garam Bukit Tulen untuk menyerlahkan kulit yang sihat. Sabun Garam Bukit Tulen ini juga boleh digunakan bagi:-

Mengeluarkan sel-sel kulit yang mati
Melembab dan melembutkan kulit
Mengurangkan kesan jerawat di muka
Merangsang kulit mengeluarkan sel-sel baru
Menambahkan vitamin semulajadi kepada kulit / menghalus dan menggebukan kulit
Menjadikan kulit nampak lebih sihat dan muda
Menghilangkan kegatalan
Jadikan Sabun Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sebagai koleksi barangan penjagaan muka. gunakan Sabun Garam Bukit Tulen bagi menambahkan kejelitaan secara senulajadi.

Lampu Garam Bukit Tulen Himalaya Terapi Kristal
Lampu Garam Bukit menghasilkan Ion Negatif apabila di pasang dengan Lampu. Khasiat Lampu Garam Bukit

1. Membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma, stroke
2. Menstabilkan dan mempertingkatkan kualiti udara
3. Membantu mengurangkan sebahagian besar bakteria dalam udara
4. Ion Negatif di kenali sebagai "Vitamin Udara"
5. Membersihkan udara dari debu debunga
6. Menghilangkan bau yang kurang enak dan asap
7. Mengurangkan tekanan serta keletihan kronik.
8. Menghilangkan pening dan migraine, resdung,demam panas, batuk dan selsema
9. Ketenangan di dalam kawasan rumah, pejabat
10. Menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan dengan cepat.
11. Menjadikan tidur anda lebih lena serta segar apabila bangun dari tidur
12. Mengurangkan gangguan nyamuk dan serangga kecil
13. Fikiran menjadi lebih fokus terutama bila melakukan ulangkaji (anak-anak)
14. Membebaskan segala ancaman radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh peralatan letrik.
15. Jarang mengidapi demam, batuk dan selesema
Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit Tulen boleh meningkatkan ion Negatif (Vitamin Udara) sehingga 300% di Eropah. Pengamal Homeopathy menggunakan Lampu Garam Bukit Tulen dalam rawatan mereka.

Dr. Albert P. Kruger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati kualiti ion negetif yang kecil boleh membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara dengan cepat. Ia dapat mengurangkan jangkitan kepada manusia.

1. Garam Masakan
sebagai perisa makanan dan minuman.(amalkan waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur setengah sudu kecil. Kebaikannya : meneutralkan segala masalah dalaman (kencing manis,darah tinggi,gaut,resdung dan lemah tenaga batin)
4-kebaikan GARAM BUKIT MASAKAN:
• -holistik
• -lebih mineral
• -sumber semulajadi
• -kristal paling seimbang
• -tiada bahan pewarna
• -tidak tercemar
• -tidak di ubahsuai
• -tiada bahan bertoksin
• -garam gred paling tinggi
• -masakan paling berperisa

Garam Bukit Masakan ini menyumbang pelbagai elemen kelumit untuk fungsi2 Biokimia tubuh & mengandungi kesemua 84 jenis galian & elemen2 yg di perlukan utk membantu anda mencapai tahap kesihatan optima..apabila di larutkan dlm air dgn peratusan yg sesuai..ia membantu mengawal tekanan darah - dikatakan kerana keseimbangan kalium,kalsium,magnesium & natrium

Garam bukit adalah penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah.Garam akan melunturkan dan meleraikan segala kekotoran dan amat berkesan sebagai agen pembersih.Garam juga mempunyai kuasa peluntur yang sangat mesra alam dan ianya juga digunakan bagi menyuburkan tanah.

Garam yang digunakan dalam masakan kita sekarang adalah garam yang telah pun diproses menjadi natrium klorida sahaja.sebab itulah garam yang diproses sebegini akan mengakibatkan masalah darah tinggi jika diambil dengan berlebihan.Garam bukit tulen lebih tinggi nillai khasiatnya berbanding garam laut yang kita ambil seharian.Garam bukit tulen kini menjadi pilihan bagi kebanyakan pengamal perubatan mahupun orang perseorangan yang mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan tubuh mereka mahupun keluarga masing-masing..warna asas bagi garam bukit tulen ini adalah pink,putih dan sedikit kelabu.

Amalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah pinggang.

Juara Kilauan Emas 3




Semalam telah  4 peserta iaitu Mior, Alina, Idris dan Silah. Kesemuanya menyanyikan 2 buah lagu dengan 1 lagu dicipta khas untuk mereka. 70% markah adalah daripada pihak juri dan 30% daripada undian SMS para peminat.

Mior akhirnya menepati ramalan apabila berjaya menjadi juara Kilauan Emas 3. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan. Idris yang berjaya mendapat tempat kedua membawa pulang RM30,000 dan Silah di tempat ketiga pula mendapat hadiah wang tunai RM20,000. Hebat-hebat juga hadiahnya kan?

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Walaupun kebanyakan peserta memang sudah dimakan usia, kehebatan mereka menyanyi memang tidak boleh disangkal lagi. Senang cerita, mereka memang otai. u rock brader.

Lain2 Persembahan Mior:



HILANG NALURI - MIOR KILAUAN EMAS 3 (SEPARUH AKHIR)





memang terkilan Eiza x dapat tengok live  kilaun emas separuh akhir, tengok ulangan cam x best. Pastu dpt ngok  time nak habis. Pe2 pun Mior the best... u rock beb...

Peserta ke akhir :

Idris
Silah
Mior
Alina

Jangan lupe saksikan kilauan akhir pd 29.05.2013 nanti... n jgn lupe hantarkan undo anda bebanyak


Mior Yazid b. Ahmad
17 November 1969 (44 tahun)

Undi Mior:
SMS: Taip KE<jarak>MIOR atau KE<3/5/10><jarak>MIOR untuk (3/5/10 undian) ke 32888.
Contoh: KE10 MIOR KE 32888
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>MIOR ke 32888

Kadar premium untuk setiap undian: = RM0.50. Kadar telco tertakluk.Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my 


Lain2 Persembahan Mior:

Anak Sosilawati syukur keputusan mahkamah kes bunuh ibunya



SHAH ALAM 23 Mei - Erni Dekritawati Yuliana Buhari melahirkan rasa syukur selepas mendengar tertuduh dalam kes pembunuhan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, dijatuhi hukuman gantung sampai mati hari ini.

Katanya selepas menunggu hampir tiga tahun, beliau sekeluarga amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu yang dijatuhkan ke atas empat orang termasuk bekas peguam N. Pathmanabhan yang didapati bersalah membunuh Sosilawati kira-kira tiga tahun lepas.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah, pihak media dan semua warga Malaysia yang selama ini menyokong kami sekeluarga selepas pemergian ibu saya.

"Tidak dapat membayangkan ini dengan kata-kata," kata anak sulung Sosilawati itu ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak berada di dalam mahkamah ketika penghakiman kes dibacakan, Erni Dekritawati atau lebih mesra dipanggil Rita, 28, berkata beliau tiada kekuatan untuk mendengar keputusan itu dibacakan.

Anak sulung daripada enam beradik itu sebelum ini dilapor berkata akan meneruskan legasi perniagaan Sosilawati untuk memenuhi impian ibunya yang mahu melihat beliau menjadi usahawan berjaya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130523/dn_26/Anak-Sosilawati-syukur-keputusan-mahkamah-kes-bunuh-ibunya#ixzz2UB8QXKpc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Iklan penaja