Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

APMM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia




Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Latar belakang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.

Operasi APMM

Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Berbeza dengan agensi yang serupa dari negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga berkuasa melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.


Lencana pangkat APMM

Pegawai APMM


Lain-lain pangkat APMM


Laman rasmi APMM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja