Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Memaparkan catatan dengan label Sedikit Tip Automotif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedikit Tip Automotif. Papar semua catatan

Cara menanggalkan roadtax dengan mudah




Eiza pun mempunyai masalah menanggalkan roadtax last 2 year, yg thn ni plak roadtax bkenaan tertanggal sendiri.. urmmm..

Eiza nak kongsi atikel dr fitrihadi.com ni jom bace...

Masalahnya, roadtax tuh biasanya merosakkan cermin kereta. Tak tahulah gam jenis apa yang digunakan. Kadang-kadang tuh, roadtax dah tanggal, gam pula melekat pada cermin. Jadi satu hal pula nak hilangkan kesan gam tuh. Yang menjadi masalah sekarang nih,ramai yang merungut pasal terdapat saki-baki roadtax beberapa tahun lepas masih ada lagi pada cermin kereta mereka.

Itulah masalah yang owner kereta hadapi semasa nak tampal roadtax baru. Susahnya nak tanggal yang lama, Kalau tidak, rosaklah ‘tinted film’ tuh. apasal laa dorang buat roadtax camnih.. yg dulunye lagi senang.. silap-silap rosak laa segala tinted ko yg mahal-mahal tu….atau masalah yang ketara ialah mesti koyak rabak road tax korang kalau tak pandai nak tampal atau masa nak pindahkan roadtax ..
Tips Mudah Tanggalkan Road Tax

Cara pertama:

Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:

Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya
Tip-Tip nak hilangkan sisa gam Road Tax lama

Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.

Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.
Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)

Kalau cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak.

Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50. bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..
Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)

klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr…pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo … pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih…. abis citer

Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..
Tip-Tip nak Pasang Road Tax Baru

Satu tip mudah yang selalu orang gunakan macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang tu..time korang nak tampal road tax kat cermin tu, jangan la tampal roadtax tu cemtu je.. tapi amik plastik lutsinar tipis & cover dulu permukaan road tax tu ngan plastik

1. dapatkan plastik jernih yang sangat nipis (macam plastik tinted kereta tu)

2. potong cun2 dengan saiz roadtax.

3. lekatkan roadtax tu atas plastik tadi

4. kemudian lekatkan plastik yang dah ada rodtax tu kat cermin kereta.

Tinggalkan sket je bahagian gam kat tepi road-tax tu utk lekatkan kat cermin kete…pastu tampal la cam biasa.. so gam yg lekat kat cermin kete tu sket je, so time korang nak tanggalkan nnti pun senang & kompom xde kesan
Tampal Road Tax Guna Holder Plastik

Cantik lah sikit kalau guna holder plastik adelah nampak design sikit.. ade besepah jual kat mana-mana.. pilih ajer lah yg mana cantik

Tanggalkan Road tax sticker dari kertas. dapatkan plastik holder road tax Sticker.lekatkan roadtax tu atas plastik holder tadi. pindah tampal rodtax tu kat cermin keret.bagusnya guna holderplastik ni ialah ianya tidak mencomotkan cermin kenderaan anda.
Cara lain Tampal Road Tax..

Ade kete aku tengok.. tampal skali ngan kertas road tax tuh terus tampal sekeping road tax masuk dalam plastik holder… tuh pun idea yang bagus tak yah susah susah nak ceraikankan road tax sticker dari kertas
Tip Tampal Road Tax klu malas…

Cara orang pemalas jenis ala kadar atau asal boleh.. Diorang gam atau double tape kat setiap penjuru bucu road tax tersebut..

Tayar Kereta Anda



TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.

Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta :

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci.

Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Penjagaan Kereta Anda

1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba keliling kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Tiada benda-benda yang melekat pada tayar atau mana-mana bahagian kereta.

2. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup, pastikan lampu ”engine check” padam sebelum hidupkan enjin.

3. Hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin meluhu pada kadar RPM yang normal.

4. Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.

5. Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu ketiga. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada paras antara maksimum dan minimum (kalau pakai bateri kering tak yah la).

6. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin) pastikan minyaknya mencukupi.

7. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak perlu berada di paras antara maksimum dan minimum. Kalau bawah daripada minimum masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras tersebut.

8. Dua minggu / sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian tiang B (tiang antara pintu depan dengan pintu belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.

9. Setiap tiga bulan (kalau setiap hari guna kereta) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.

10. Setiap 5000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika guna minyak biasa), tukar penapis minyak setiap dua kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap tiga kali tukar minyak enjin (jika enjin kaburator).

Akhir sekali, setiap minggu, 2 atau 3 minggu sekali basuh dan vakum kereta anda.

Baca Lagi Artikel : http://www.informasikini.com

Penjimatan minyak ketika memandu




1) Jangan Berhenti secara tiba-tiba.

Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana tenaga yang digunakan untuk memberhentikan kereta secara tiba-tiba lebih banyak berbanding berhentikan kereta secara perlahan.

Kalau kat traffic light tu, agak-agak lampu da nak merah, perlahankan kenderaan dengan melepaskan minyak perlahan-lahan sebelum menekan brek.

2) Elakkan menaikkan kelajuan dengan terlalu perlahan.

Kajian menunjukkan penggunaan minyak lebih tinggi apabila mencapai kelajuan 50 batu/jam dalam masa 30 saat berbanding 15 saat. Mungkin ada antara kita berfikir menggunakan gear rendah akan menjimatkan minyak, ianya betul tetapi apabila ia mencapai had kelajuan pada gear tersebut, penggunaan minyak akan bertambah.

3) Tutup Tingkap dan Gunakan Pendingin Hawa (Air-Con).

Sekiranya anda suka memandu dengan laju, langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan minyak adalah dengan memasang air-con dan tutup tingkap. Bila tingkap dibuka, kereta anda akan jadi kurang aerodynamic dan akan membantutkan sedikit pecutan kereta.

Kajian juga menunjukkan penggunaan Air-con ketika memandu laju menggunakan lebih sedikit minyak berbanding ketika memandu perlahan.
Jadi, bila bawak perlahan, bukaklah tingkap..bila bawak laju..pasanglah Air-con

4) Jangan Gunakan Gear Neutral Ketika Turun Bukit.

Mungkin anda akan tertanya-tanya kenapa tak boleh guna gear neutral? bukan ke gear neutral lagi jimatkan minyak.. Sebenarnya anda sedikit silap. Kerana kebanyakan kereta terkini dilengkapi dengan Deceleration Fuel Cut-off yang dikawal oleh komputer.

Apabila anda turun bukit tanpa meneutralkan gear dan anda tidak memijak pedal minyak, alat yang ‘menyuntik’ minyak tersebut ke dalam enjin akan tertutup sendiri. tetapi tayar masih lagi berjalan dan tiada penggunaan minyak semasa keadaan tersebut.

Lagipun, adalah amat berbahaya meneutralkan gear semasa menuruni bukit.

5) Bijak Dalam Penggunaan Gear.

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.

6) Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul.

Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.

Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus.

Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7) Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai.

Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

8) Kurangkan Berat/Bebanan Kereta.

Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor).

Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

9) Kurangkan Kelajuan.

Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

10) Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu.

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama.

Kelas - Kelas Lesen Memandu




Kelas - Kelas Yang Biasa 

1. A Kenderaan orang cacat

2. B Motosikal melebihi 500 cc - motor besar

3. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor kecil atau kapcai.

4. Motosikal roda tiga - Orang yang jual roti atau aiskrim.

5. D Motokar (BTM- berat tanpa muatan ) tidak melebihi 3000 kg. - kereta

6. E Motokar BERAT (BTM) melebihi 7500 kg.

7. E1 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 7500 kg.

8. E2 Motokar BERAT (BTM) tidak melebihi 5000 kg.

9. Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Beroda) BTM tidak melebihi 5000 kg.

10. G Traktor / Jentera Bergerak Ringan ( Berantai) BTM tidak melebihi 5000 kg.

11. H Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Beroda) BTM melebihi 5000 kg.

12. I Traktor / Jentera Bergerak Berat ( Berantai) BTM melebihi 5000 kg.

13. M Hukuman Mahkamah.

GDL - Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang

1. B2 Motosikal tidak melebihi 250 cc - motor posmen dan jual roti/aiskrim

2. B Motosikal melebihi 500 cc

3. D Lori atau Van Berat Tanpa Muatan tidak melebihi 3000 kg

4. E Lori Bersendi Berat Tanpa Muatan Melebihi 7500 kg. - lori treler.

PSV - Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam

1. D Van Penumpang / Bas Mini.

2. D Teksi / Teksi Mewah / Kereta Sewa

3. E Bas Berat Tanpa Muatan melebihi 7500 kg. 

Petua Membeli Kereta Terpakai


Perkara
yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca
ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali
memeriksa kenderaan di waktu gelap.

1. PEMERIKSAAN LUARAN

Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

2. PEMERIKSAAN ENJIN

Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

3. PEMERIKSAAN DALAMAN

Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT

Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala

Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?

Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol
kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin
kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.

5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.

Catatan Eiza:
Belum Masanya Memilikinya... Seakan Fobia Dengan Harga-Harga Sparepart ehek..ehek.. Dahlah Tayar, Minyak Injin Naik Mendadak... Nanti Nak Bayar Instament Lagi, Rosak Lagi, Petrol Lagi, eehh... Banyak Nak Pikir... Ni bukan Sehari Dua Punya Hal.. Memakan Tahun Menanggung... Ada Gak Member Terpakse Menjual Balik Kereta Masing-Masing Sebab Tak Larat Nak Bayar Instament N R/Tax n Ins... Tulah Tak Pikir Panjang.. Kan Dah Menyusahkan.. Pakai Jelah Apa Yang Ada. Memang Ianya Satu Keperluan Sekarang.. Tapi Dalam Situasi Eiza, Banyak Altenatif Lain Selain Terpakse Memilikinya.... Tepuk Dada Tanya Selera...

KERETA SAMA, KENAPA PETROL GUNA TAK SAMA?

Antara Sebab Musabab Perkara Ni Terjadi Adalah

Kebocoran Tangki Minyak

Boleh Dikenal Pasti Dengan Deria Bau Kita.. Bau Petrol yg Kuat Dr Dlm @ Luar Kenderaan Anda. Kalau Ada Pastikan Pergi Ke Tempat Bertauliah Untuk Welding Tangki Berkenaan.

Penapis Udara Tersumbat

Boleh Cheak Sendiri.. Bukak Bonet Depan.. Buka Skru Rumah Penapis Udara Tu.. Lihatlah Ketebalan Penapis Berkenaan Dengan Habuk. Jgn Berlengan Gi Kedai Beli Satu, Kalau Krete Kancil Tak Sampai RM20.00 .

Tayar Kurang Angin & Bebanan Yg Berlebihan

Bila Angin Tayar Kurang, Ianya Akan Menjadi Kenderaan Anda Berat, Bila Dah Berat Apa Lagi. Bertambahlah Beban. Sama Juga Jika Kita Membawa Barangan Yg Berlebihan Had
Bebanan KenderaanAngin Tayar Kurang + Beban Berat + Tayar Haus + Penggunaan Petrol Kuat= Duit Melayang.

Pelaras Karburator ( Tepet ) Kurang Tepat.

Aaa.. Yg Ni Kene Mintak Abg-Abg Mekanik Tolong Adjustkan.. Pandailah Diorg Adjustkan.. Kalau Tak Silap Diorg Gune Sejenis Besi Nipis Macam Pisau, Letakkan Antara Rocker-Arm Gan Valve.. Pastu Diorg Adjustlah Pusing Kanan Pusing Kiri Skru Atas Tu. Harga Dlm RM20.00. Kalau Kenderaan Injection Gi Wat Tuning Berkomputer. Harga Dalam RM50.00. {Note: Abg Mekanik.. Kalau Salah Tolong Betulkan Eh..}

Teknik Pemanduaan

Menggunakan Gear Dua @ Tiga Terlalu Lama.. {Yg Ni Belum Habis Blaja Camne}

JANGKA HAYAT ENJIN

Salah Satu Perkara Yang Penting Tuk Memanjangkan Jangka Hayat Enjin Krete, Adalah Menukar Minyak Enjin Tepat Pada Masanya. Bila Menggunakan Minyak Enjin Lebih Dr Sepatutnya Membuatkan Enjin Akan Menjadi Berat Dan Menguatkan Geseran Piston Enjin Anda.

BAHAYA TAYAR TOREH

Kerajaan Pun Dah Tak kasik Kite Pakai Tayar jenis Ni memang Murah Tapi Sangat-Sangatlah Bahaya, Kerana Tayar Berkenaan Telah Pun 'Botak' Than Ditoreh Lagi, Jadi Tayar Tu Bertambahlah Ke'Botak'kannya.

KENAPA TAYAR KERETE HAUS ( MAKAN ) TAK RATA

Terkurang @ Terlebih Isi Angin. ( Terkurang = Haus Tepi, Terlebih = Haus Tengah )
Tak Buat 'Alignment' ( Alignment Perlu Dibuat Sekurang -Kurangnya 2 Kali Setahun- Tengok Keadaan)
Kesannya
~ Kemalangan ( Tayar Pecah )
~ Rm Melayang.

So Lepas Ni Jangan Ambil Mudah Je Bende2 Remeh Ni, Isi Angin Pade Tayar Tu Biar Tepat eh.. Kalau Rase Bawak Kerete Rase Jalannya Ke Kiri @ Ke Kanan Walaupun Steering Tegak.. aaha.. Cepat2lah Gi Wat Alignment Sebelum Merosakkan Tayar.. Antara Sebab Alignment Boleh Lari, Terlanggar Bende Yang Keras @ Lubang ( Sportrim Pun Leh Bengkok ). Aligment Baru Bape Ringgit Tak Sampai RM50 Pun ( Kalau Camber Rosak @ Sengit Lain Cerite Eh ). Ingat Lakukan Demi Menjimatkan RM & Keselamatan Anda.

MINYAK ENJIN

Kebiasaan Kesesuaian Minyak Enjin Dengan Kereta Tempatan Anda :

Persona : 10w/40 ( Semi synthetic / 7000-8000km )
Gen-2 : 10w/40 ( Semi synthetic / 7000-8000km )
Wira : 10w/40 ( Semi synthetic / 7000-8000km )
Iswara : 20w/50 ( Biasa / 4000-5000km )
Saga : 20w/50 ( Biasa / 4000-5000km )
Kancil : 10w/30 ( Biasa / 4000-5000km )

Kita Boleh Memilih Minyak Enjin Yg Sesuai Tuk Kereta. Bergantung Kepada Sayang Kita Kepada Kereta Kita.. Kalau Sayang, Pilihlah Minyak Yg Semi ( Note : Pastikan Minyak Ditukar Mengikut Mileage )

Iklan penaja