Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Amanah Iktiar Malaysia ( AIM )




KORPORAT

Bila dan mengapa AIM ditubuhkan?

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian BERDAFTAR dengan Kementerian Kehakiman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

AIM ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan.

Berapakah jumlah cawangan AIM?

AIM mempunyai lapan (8) wilayah dengan 68 cawangan di seluruh Malaysia.

Di mana Ibu Pejabat AIM?

IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara,50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889

Mengapakah AIM berbeza daripada institusi kewangan yang lain?

AIM berbeza daripada Institut Kewangan yang lain kerana AIM menawarkan pinjaman kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa kerajaan dengan menyertai Sahabat AIM.
SAHABAT AIM

Siapakah yang boleh memohon?

Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM 661 sebulan (RM 152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM 765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM 888 sebulan (RM 173 perkapita) bagi Sabah.


Apakah manfaat menjadi Sahabat?

Peluang membuat pinjaman dengan AIM bagi golongan yang berpendapatan rendah. Sahabat dapat menikmati peningkatan pendapatan isi rumah bulanan sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup keluarga dengan menjalankan aktiviti ekonomi yang mendapat pulangan menguntungkan.


Berapakah jumlah bayaran minimum untuk menjadi Sahabat?

Tiada sebarang bayaran dikenakan
PRODUK PEMBIAYAAN

Apakah produk pembiayaan yang ditawarkan?

Terdapat empat (4) produk pembiayaan utama yang ditawarkan iaitu Ikhtiar Rezeki, Ikhtiar Bistari, Ikhtiar Sejahtera dan Ikhtiar Penyayang


Berapakah jumlah maksimum yang boleh dipohon?

Jumlah maksimum yang boleh dipohon ialah sehingga RM50,000 bergantung kepada jenis produk


Berapakah kadar caj pengurusan yang ditetapkan?

10% untuk semua jenis pinjaman.


Adakah penjamin diperlukan?

Tiada penjamin diperlukan.


Berapakah tempoh bayaran balik?

Maksimum sehingga lima (5) tahun bergantung kepada jenis produk.


Siapakah yang patut dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

Unit Komunikasi Korporat
IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
No. 2 & 4, Plaza Damansara, Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889Halaman ini dipetik dari laman web AIM.


Syarat Pembiayaan:

Garis Pendapatan Kemasukan Sahabat adalah seperti berikut :
1. Pendapatan isi rumah (Seluruh Negara) : RM 2,000 Sebulan
2. Pendapatan perkapita (Seluruh Negara) : RM400 Sebulan

Pemilikan Aset adalah seperti berikut :
Pemilikan aset termasuk rumah, kereta dan tanah hendaklah tidak melebihi RM50,000. Pengiraan adalah dengan menjumlahkan nilai aset yang dimiliki

Kewajiban Sahabat AIM 

1. Hadir ke Mesyuarat Pusat mingguan.
2. Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang ditetapkan.
4. Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka berada dalam kesesakan.

Syarat Mudah Pembiayaan 

1. Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
2. Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang.
3. Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia.

Caj Pengurusan 

AIM mengenakan caj pengurusan tahunan 10% ke atas setiap peminjam. Caj pengurusan ini digunakan untuk menampung kos pengurusan.

Penubuhan Pusat 

1. Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
2. Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dll.
3. Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
4. Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.

Tabung Kumpulan 

Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja