Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

'Non stick pan' ( kuali yg tidak melekat )




'Non stick pan' adalah 1 kuali yg disalut gan lapisan yg dicipta untuk mengelakkan makanan melekat di kuali bila memasak. Kebanyakkan kuali ni memnggunakan polytetrafluoroethylene. Antara petua yg kt perlu tau :

~JANGAN panaskan barangan non-stick yang kosong di atas api. Ini akan memusnahkan lapisan non-stick barangan tersebut.

~JANGAN keringkan barangan non-stick yang basah diatas api. (ni bukan periuk cap buaya). Gunakan tisu dapur atau kain untuk keringkannya.

~JANGAN gunakan sudip/senduk besi untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick. HANYA gunakan sudip/senduk dari jenis non-stick/kayu untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick.

~JANGAN terus basuh barangan non-stick sebaik saja selepas anda siap memasak. Ini boleh menghilangkan lapisan non-stick barangan tersebut. Basuh barangan non-stick selepas ia kembali sejuk. 

~JANGAN guna penyental besi (bulu besi) untuk mebasuh barangan non-stick. Hanya gunakan span lembut.

~Untuk Pemanggang Ajaib Non-Stick, JANGAN gunakan daun pisang untuk membalut/melapik ikan bakar, daun pisang yang terbakar akan memusnahkan lapisan non-stick Pemanggang tersebut. Boleh gunakan Aluminium foil jika perlu.

~API YANG SEDERHANA sudah memadai untuk memasak menggunakan barangan non-stick ini. Ini kerana ia cepat panas dan cepat masak. Sungguh menjimatkan gas dan masa anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja