Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Memaparkan catatan dengan label Tip Di Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip Di Dapur. Papar semua catatan

Petua menghalau lipas




Dalam almari baju adik Eiza banyak daun pandan, Eiza pelik pesallah daun2 ni kat sini. Die kate 'petua kak'. Petua? petua menghalau lipas dari almari baju die. Oalah gitu.. die kate ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian ke ceruk-ceruk dapur pun boleh. Apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru. selain tu, daun pandan juga blh menggluarkan haruman yg wangi.

Petua mengurangkan bau petai




Petai mmg sedap kan...Hub suka sanggat gan petai, makan dibuat ulam, bertambah2 kalau dibuat. Tp bab urin yg x boleh tahan... baunya.. Untuk kurangkan bau petai tu, selepas dikupas, rendam petai dlm air basuhan beras selama sejam. lagi satu petua boleh campurkan terung ke dalam masakan yg menggunakan petai. Selamat mencuba...

Petua memudahkan kupas telur rebus




Nak senang kupas telur rebus? ni petuanya. Untuk mengahsilkan telur rebus yang cantik bila dikupas, jgn kupas telur di uadara sebaliknya kupas dalam besen kecil yg berisi air (kupas dlm air). Ia bukan shj menghasilkan telur yang cantik licin, bahkan mempercepatkan kerja2 mengupas telur

Petua mengelakkan buah lebam setelah potong




Wah sedapnya, terliur n menarik bila melihat buah-buahn yang dipotong kelihatan segar dan cantik. Ada masalah jika kita menyimpan buah yg dipotong dengan lama. Ini petua untuk mengelakkan buah menjadi lebam. Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam. Jadi buahtu nampak segar sentiasa.

Petua menghalau semut dalam bekas gula




Ni petua dari makcik Eiza. Dia marah Eiza sebab nak buang sebekas gula yg dikerumuni semut ( dlm bekas keciklah, lau besar sayang gak kan ). Buang gula lagi senang dari menghalau semut2 tu. Jadi makcik Eiza cakap cuba letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Petua menghilangkan pahit peria




Eiza memang suka makan peria, dulu masa kanak2 memang mak dah biasakan suh makan peria. Peria memang pahit tp dah biasa makan ianya xed masalah. Kepada anda yang x berape suka sanggat pahit peria boleh cuba petua ni.  Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Eiza suka peria dimasak bersama telur, n rencahnya mestilah extra pedas.. yum..yum..yum..



Petua menghilangkan hanyir ikan air tawar




Eiza suka sanggat masakkan ikan air tawar ni, lagi2 kalau ikan baung ke, patin ke, terliurlah... Tapi ada jugak x berminat sebab bau hanyirnye. Eiza ada pertua menghilangkan hanyir berkenaan. Ikan2 berkenaan di siang dan di basuh dengan asam jawa atau limau kasturi atau ramaskan daun jambu batu. kemudia cuci dengan air bersih Insyaallah.. hilanglah bau hanyir tu.

Petua jika masakan berkuah terlebih masin




Org tua dulu2 kate kalau masak lauk masin nak kahwin.. betulkan kata2 tu? Kalau kt dah kahwin camne plak ek? Sape plak nak kahwin? hehehe..

Eiza ada 2 petua menghilangkan terlebih masin dalam masakan. yg pertama menggunakan ubi kentang. Basuh dan kupas ubi kentang, potong 2 dan masukkan dlm periuk masakan yg masin tu. masak seperti biasa. Petua yg ke-2 menggunakan daun pisang. Macam biasa ambil daun pisang dan basuh sehingga berssih dan masukkan ke dalam lauk berkenaan. masak seperti biasa. Tu kalau berkuahlah, Eiza lum dapat lagi petua tuk masakan tidak berkuah yg masin. Jika ada sudi2lah berkongsi eh..

Petua - Nasi jelantah @ mentah




Eiza pernah mengalami masak nasi tapi jelantah @ mentah. Untuk mengelakkan membazir mak Eiza bagi pertua. Petuanya adalah memasukkan semangkuk kecil yg berisi air ke atas nasi tadi ( pastikan kt buat lekuk di tengah2 periuk nasi tu ) kemudian masak balik gan api yg kecil  kalau pakai dapur gas, kalau pakai rice cooker tekan 'COOK' balik.

Selamat mencuba...

Petua hilangkan jerawat (lidah buaya)




Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Lidah buaya ini memang bagus sebab menyejukkan kulit muka.

Petua menghilangkan jerawat (kulit kayu manis)





Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahannya panas dan bau rempah yang kuat. 

Khasiat Timun





Antara fungsi timun ialah untuk menyejukkan badan, samada digunakan secara dalaman atau luaran. Timun yang tergolong dalam jenis pokok yang menjalar, dipercayai berasal dari Asia Selatan. Ia dikatakan telah ditanam sejak 3000 tahun dahulu dan menurut karya Mesir, timun mempunyai hubung kait untuk perawatan kulit.

Timun sangat kaya dengan kandungan mineral. Kandungan mineral yang ada pada timun adalah potassium, magnesium, kalium, zat besi dan fosforus. Karena kandungan potasium, magnesium dan fosforus ini, timun sangat baik sebagai rawatan untuk hipertensi. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi & Vitamin C. Berdasarkan kandungannya, tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa jenis penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita.

Jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dengan mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik & artritis. Bijinya pula kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendapatkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dengan jus lobak & salad. Parutan timun juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pada seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

Timun juga berfungsi sebagai merawat kulit yang terbakar. Ini kerana timun sifatnya adalah sejuk. Alirkan air sejuk ke kawasan kulit yang terbakar dan tuamkan dengan hirisan timun. Biarkan beberapa minit bagi proses pemindahan haba dari tisu kulit. Hirisan timun juga boleh digunakan sebagai penyejuk demam, sesak dan pening kepala, mata letih, kaki berdenyut dan sebagainya..

Selain itu, kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dengan menggunakan timun. Caranya, parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pada setiap malam sebelum tidur.

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dengan timun. Boleh dikisar sehingga halus dan buat sebagai bahan minuman dengan mencampurkannya bersama sedikit gula. Kacau hingga sebati & simpan dalam peti sejuk. Kemudian minumlah 2 atau 3 kali sehari.

Banyak lagi kebaikan timun boleh dimanfaatkan jika kita memahami fungsinya. Mungkin pembaca juga boleh berkongsi sama info atau maklumat yang diketahui tentang khasiat timun.

Menggoreng menggunakan minyak yg banyak



  • Minyak mesti mencecah suhu terbaik untuk merangupkan bahagian luar sambil memasak keseluruhannya. Suhu tersebut adalah lebih kurang antara 350F dan 375F.
  • Guna minyak yg rendah lemak, kadar pembakaran tinggi, dan tidak mengurangkan rasa makanan yang digoreng.
  • Elakkan menggoreng kuantiti yang banyak di dalam kuali yang sama. Makanan perlu dikelilingi minyak mendidih, dan suhu juga harus dikekalkan. Jika memasukkan kuantiti makanan yang banyak dalam minyak yang sedikit, suhu akan menurun dan makanan akan menjadi bergris dan berketul.
  • Jangan isi minyak lebih dari separuh kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih didihan apabila makanan dimasukkan.
  • Keringkan makanan dengan tisu sebelum dimasukkan ke dalam kuali supaya dapat mengurangkan percikan minyak.

Mengelakkan gatal keladi pada tangan


Hari ni Eiza berbesar hati nak masak batang keladi. Cam biase basuh n rebus batang keladi sebelum dimasak asam rebus. Tapi penyakitnye tangan gatal2 kene miang keladi tu... uuiiss x thnlah.. alangkan nyamuk pun x thn.. lg gatal2 miang keladi... jd mengatallah.. nilah padah menidakkan petua org tua2.

petuanya adalah:


Pastikan tangan tidak basah sebelum menyiang keladi. Lumur asam keping (asam gelugur) pada tangan. Semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, jangan rendam batang keladi dengan air. Setelah siap potong/siang, baru basuh bersih2 dan masukkan beberapa keping asam gelugur jika masih gatal2..

Iklan penaja