Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Nabila Huda & anak terbabit dalam kemalangan jalanraya



Gambar di’atas yang dikongsikan Zaidy Zailani menerusi Instagram beliau menunjukkan sebelah tangan Keisha yang berbalut dan kini menerima rawatan di hospital.

Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.


Pelakon Nabila Huda dan anaknya Keisha terbabit dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Karak petang semalam.

Nabila sedang dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan.

Selain anaknya, pelakon itu turut ditemani oleh pelakon baru, Syazwan Zulkifly.

Apabila berita mengenai kemalangan tersebut mula disiarkan di laman sosial, pelbagai andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada di antara peminat yang mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh Syazwan.

sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/
            :http://www.rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja