Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Selamat menyambut Hari Malaysia


Nak tahu tak hari ni merupakan sambutan apa? HARI MALAYSIA? ye, HARI MALAYSIA.

Pada hari ini, 16 September tahun 1963 adalah tarikh untuk penubuhan persekutuan Malaysia. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini sebenar nya dirancang berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama² dengan sambutan hari kemerdekaan yang ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara *Sabah* dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Nota: Mengambil kesempatan merehatkan minda Huuuraayy... cuti 3 hari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja