Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Pengenalan DAUN STEVIA REBAUDIANA


PENGENALAN DAUN GULA STEVIA

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dariSpesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Antara ciri-ciri Stevia ialah:

1.Pemanis Semulajadi
2.Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah.
3.Melawaskan Kencing
4.Menurunkan Tekanan Darah.
5.Membunuh Bakteria
6.Membunuh Kulat
7.Membunuh Virus
8.Mengurangkan Keradangan
9.Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan.


Cara menggunakannya:

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan Stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

1. Boleh Digunakan Dalam Makanan Dan Minuman Sebagai Pengganti Gula .
2. Hanya Masukkan beberapa helai daun Stevia Rebaudiana Ke Dalam Makanan Atau Minuman Mengikut Citarasa Anda.
3. Bagi Pesakit Diabetes ,Hipertensi,Obesiti Dan Lain-Lain Selain daun Stevia Rebaudiana Di Dalam Makanan Atau Minuman Harian Anda Sangat Disyorkan Mengamalkannya Dengan Air Kosong. Berhenti Terus Daripada Pengambilan Gula Tebu Dan Elakkan Minuman Atau Makanan Yang Bergula Tinggi. Jangan Terlalu Berjimat Untuk Penyakit Merbahaya (KENCING MANIS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja