Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Lemon Dan Kulit Wajah



Lemon mengandungi Serat, Potassium, Alkalin, Fosfor dan Kalsium. Lemon mempunyai 5 hingga 6 peratus asid sitrik yg memberikan rasa masam. Sifatnya yg mempunyai kandungan pH yg rendah menjadikan Lemon itu antibakteria.

Lemon berupaya memberi kesan yg mampu menjadi ejen pencerahan kulit. Selain itu jus lemon juga membantu mengurangkan  kedutan, noda hitam dan sel kulit mati. Aromanya juga membuatkan kt berasa segar.

Antara kaedah penggunaan lemon ini dalam kecantikan luaran adalah seperti berikut:

Mencerahkan, menyegarkan, pembersih, pencuci dan penyental wajah

Perah lemon dan canpurkan air dalam bisbah yang sama. Kemudian masukkan ke dalam bekas semburan. Gunakan secara menyeburkan ke kulit wajah.

Kisarkan 1 biji lemon ( bersama kulitnya ). Ambil kisaran berkenaan dan gosokkan kepada wajah secara membulat. Selain mencerahkan ianya juga blh membesihkan sel mati pd kulit wajah.

Bagi menghasilakan penyental kulit, campurkan 2 sudu gula perang, putih telur, 1 sudu jus lemon. Sapukan pada wajah secara membulat dan sental secara lembut, dan biarkan seketika sebelum dicuci.

Pupur lemon.

Antara bahan pupur adalah jus lemon, madu, air, aloe, jus tomato, jus timun, serbuk gaharu, serbuk susu, dan minyak pati.

Cara membuatnya:

1- Campurkan sedikit jus lemon, madu, air dan aloe. Adunkan hingga rata dan setia digunakan.
2- Campurkan jus lemon bersama satu sudu jus tomato, jus timun dan serbuk gaharu. Adunkan juga dan sedia digunakan.
3- Campurkan jus lemon bersama 1 sudu serbuk susu, madu dan 2 titik minyak pati. adunkan dan sedia digunakan.

Cara menggunakannya:

Anbil adunan pupur itu td dan sapukan pada wajah keseluruhannya ( kecuali bahagian mata, kening dan mulut ). Biarkan ianay mengeras selama 15 hingga 20 minit. Kemudian basuh dan bersihkan pupur itu dengan air suam. Lap dengan kain yg bersih.

Harus diingat, keberkesanan lemon terhadap kulit wajah adalah bergantung kepada kosistennya kt menggunakannya. Ia mengambil masa agak lama berbanding dengan menggunakan bahan kimia. Cuba elakkan kulit terdedah terlalu lama dengan matahari sekiranya dlm proses pencerahan, ia melambatkan proses pencerahan dan juga kulit mudah rosak. kaedah ini tidak boleh digunakan setiap hari, ini boleh menyebabkan kulit akan mengering. adalah sisarankan, guna lemon ini selang sehari dan digalakkan mengggunakan pelembab setelah membuat rawatan menggunakan lemon.



1 ulasan:

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja