Ada 2 kategori Pengeluaran caruman KWSP untuk pembeli rumah
1) Pembelian secara tunai
2) Pembelian dengan membuat pinjaman bank
Hari ini Eiza senaraikan dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan semasa membuat pemohonan pengeluaran caruman apabila kita membeli rumah secara tunai. Dokumen- dokumennya adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan buku bank
- Surat perjanjian jual beli
- Geran atas nama penjual disahkan peguam
- Surat kelulusan PTG/ longgar sekatan
- 14A- disahkan peguam
- Resit perserahan
- Resit 20% daripada harga rumah
- Surat pengesahan belian tunai daripada peguam @ pemaju
- Surat sumpah ( belian dengan individu )
- Sijil arkitek & bayaran berperingkat dari pemaju ( jika belian dengan pemaju )
Nota :
Dokumen asal pun kene bawa, isi borang menggunakan pen hiatm sahaja, jika pemilik harta bersama bawa sekali bukti pertalian ( sijil nikah / surat kahwin / surat beranak )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan Komen Anda