Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Mengemis mengaku mualaf

SHAH ALAM: Mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dua beradik wanita bukan Islam berusia 71 dan 66 tahun sanggup memakai tudung dan jubah serta mengaku sebagai mualaf ketika mengemis di pasar Ramadan Seksyen 13 di sini.
Bagaimanapun, aktiviti penyamaran dua beradik itu terbongkar apabila ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dalam Operasi Pemutihan Pengemis, Peminta Sedekat dan Kutu Rayau di kawasan itu kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Mereka yang tinggal di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dikatakan sanggup berulang-alik ke sini setiap hari dengan bas semata-mata untuk melakukan kegiatan itu sejak hari pertama Ramadan.
Difahamkan, mereka tiba dengan berpakaian biasa sebelum menukar ‘imej’ kepada wanita Islam dengan memakai tudung dan jubah. Seorang daripada wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia tidak berniat menipu sebaliknya gembira kerana menampilkan imej yang didakwanya sesuai dengan konsep satu bangsa Malaysia.

“Ini bukan penyamaran tetapi saya mahu tunjukkan satu bangsa. Saya minta sedekah ini kerana kami dua beradik hidup susah dan terpaksa menanggung seorang anak cacat,” katanya.

Dalam operasi itu, JKM Selangor menahan enam lagi pengemis dan ada antara mereka mendakwa melakukan aktiviti berkenaan dengan kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03   
http://www.hmetro.com.my  


Mereka ni mungkin terlalu terdesak dengan kehidupan mereka... sehingga buat pe saja yang boleh memberi sesuap nasi untuk makan.. kalau betul apasalahnya meminta bantuan dari pihak yang sepatutnya. . kekadang bila menderma kepada org seperti mereka menjadi tak iklas bila terpikir pasal mereka yang mengambil kesempatan seperti mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja