Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Sahabat, Kawan, Kenalan


Sahabat akan :

Jujur bila berkata

- Bila berkata tidak sedikit pun Eiza merasakan kebohongan berlaku. Sejuk hati Eiza bila dia menyusun berkata-kata. Walaupun kata-kata       
  jujurnya itu menyentuh hati, tapi sikit pun tidak menyakiti. Apa pun terlintas difikiran, akan diluahkan tanpa segan silu.

Selalu Disisi

- Ketika Eiza susah dan senang dia sentiasa disisi. Walaupun betul-betul tiada disisi, dia berkesempatan menghubungi Eiza. Dia seakan 
  merasakan kesedihan yang melanda. ketika suka dan senang dialah yang pertama selain keluarga yang diingati. dia dekat dihati.

Tidak mempunyai hasrat dengki & cemburu

- Tidak terlintas pun hasrat dengki atau cemburu. Walaupun memang dia segala lebih dari Eiza, sikit pun terdetik nak dengki ke cemburu.  
   samalah dengan dia. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Padahal mengangumi sesama sendiri.

Tidak mempergunakan untuk kepentingan, keuntungan, kepuasan diri sendiri

- Lau boleh taknak libatkan sahabat Eiza sorang ni dalam masalah Eiza. Memang takut lau segala perlakuan tu dirasai untuk kepentingan, 
  keuntungan, kepuasan diri. Contohnya duit, salah seorang ada senang sikit, tidaklah mengambil kesempatan diatas rezeki melimbah ruah 
  tersebut.

Sahabat tidak semestinya ramai. Ramai tak semestinya layak dipanggil sahabat, mungkin mereka tu kawan atau kenalan sahaja. Sahabat itu perlu ada seperti dinyatakan di atas. Ko lah sahabat aku!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja