Iklan Penaja

Radio Pilihan Anda

Ayam Kampung Ungkep nyam.. nyam..




1 Ekor ayam kampung ( bersaiz sederhana )
2 Batang serai
2 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
2cm Kunyit
4cm Halia
Segenggam Jintan Manis
Segenggan Ketumbar
Garam, Gula & Air Asam Jawa Secukup Rasa
2 cawan Air ( Mingikut Keempukkan Ayam )

Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, halia dan kunyit hingga hancur. Tumiskan kisaran berkenaan bersama serai sehingga wangi. masukkan ayam kampung yang telah dipotong kecil-kecil. tambahkan air pastikan kesemua ayam terendam. tutup kuali dan biarkan sehingga empuk ayamnya. Apabila ayam sudah empuk. masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa, gaul dan ratakan dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Nota : Ayam kampung ni dah siap ditogelkan oleh Hub kat Parit Tengah menggunakan air panas.. dah lame mengidam ayam kampung ni Al-hamdulilah hari ni dapat juga meratapnye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan Komen Anda

Iklan penaja