Peribadi :
Dapat berubah seorang yang selalu moody kepada ceria selalu. Tapi kekadang ade gak saki – baki perangai berkenaan. Kurangkan pemikiran negative sebab dah tak boleh handle fikir masalah sampai automatic negative bertukar positive. Mengurangkan meremehkan perkara yang kecil. Membiasakan diri melawan melakukan perkara yang x diminati. Ianya member cabaran kepada mental Eiza. Tahap kemalasan meningkat dari hari hari ke hari. Cepat menyangka buruk, tapi cepat menyangka baik terhadap sesuatu. Kekadang dapat merasa sesuatu perkara yang tak baik akan berlaku terhadap Eiza
Kerjaya:
Tahun ni, tahun yang mencabar kesabaran dan mental Eiza. Disebabkan tidak keperhatinan majikan. Tekanan perasanan dibuatnya. Macam nak diberhentikan, tp tak cakap. Gaji siang2 cakap suh cari sendiri. Eiza kerani je kot. Bukan marketing manager pun nak cari sales. Tapi yang bestnya duduk kat office ni LAlalala.. je bab sikit pun bos tak kasi kije. Camne nak kasi, batang hidung pun tak nampak kat office ni. Wat kije dan wat sibuk kije-kije sendiri. Memang kalau orang cakap gaji bute je. Mungkin sebab tu bos berani nak suh cari sale sendiri. Member-member kat sini dah sibuk nak cari kerje lain .Yang nak behenti pun ade. Tapi tu kata2 mereka, entah betul ke tidak. Rambut same hitam , hati lain2. Eiza sedang bersabar menempuh hari2 yang menyakitkan.
Percintaan:
Eiza bahagia dan masih belajar membiasakan diri duduk satu rumah gan Hub. Bab Hub dah dapat transfer kat sini. Susah jugak, bab sebelum ni dah bape tahun kite orang tak duduk satu rumah. Nak gaduh jek.. hehehe.. biaselah gaduh ngegade. Lebih dapat perhatian dari hub. Bersifat mengalah lebih, bab sebelum ni Eiza nak menang je. Lebih sifat lembut hati. Masih menusun blok2 logam tuk mengukuhkan rumahtangga. Kitaorg masih rasa terkilan sebab masih tak mempunyai zuriat lagi.
Kesihatan:
Alhamdulilah… 2011 ni kesihatan puratanya oklah. Cuma baru tahu Eiza ni allergic kene gigitan serangga. Selepas kene gigit dengan KUTU ANJING kat tempat kije ni. Mule demam dan bengkak2 kat badan, kulit muka mengelupas. Doktor confrimkan allergic. Selepas tu kene gigit kerengga pun dah demam. Tapi dah tau makan ubat yang sesuai perkara ni dapat diatasi dengan cepat. Berat badan cepat turun cepat naik. Time demam lagi cepat turun berat badan. Camne nak turunkan berat badan ni?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan Komen Anda